.Cerita ini bertajuk:

.Cerita ini bertajuk:

Teknik DAN Analisa

Ikutkan hati semua teknik aku nak apply dalam trading. Tapi skrin laptop tak mengizinkan sebab 10 inci ja. Kadang-kadang berserabut sampai tak nampak candle...


So, aku filter ngan teknik BBMA, SND dan FIBONACCI RETRACEMENT. Berserabut la jugak chart. Tapi aku paham setiap bahasa candlestick dan fungsi indikator-indikator tu. Alhamdulillah. Cuma SND aku kena buka skrin asing sebab SND ni naked. dan aku guna untuk tujuan MARKING di TF besar such as DAILY dan H4 sahaja. Kita go thru secara umum satu persatu:

BBMA:
Umumnya, nak hurai BBMA dalam satu rangkap memang mission imposible. Setiap SETUP BBMA ada huraian yang panjang lebar. Lebih baik belajar dari video atau kelas Tuan Omma Ally sendiri. Apa yang perlu sabar menunggu setup yang kita suka validity nya! Antaranya adalah CSA KUKUH dan MOMENTUM sebab risiko LOSS nya amat kecil.



Contoh Signal CS ARAH


Contoh Signal CS Momentum


Contoh SETUP ENTRY BBMA 

FIBONACCI RETRACEMENT:
Credit to Tok Dalik sebab inisiatif menerangkan salah satu cara tarik FIBO ni! Setakat yang aku apply bila combine ngan BBMA konfiden level utk set SL, ENTRY dan TP lebih tinggi. But, make sure ada SETUP dari BBMA such as signal yang aku sebut kat atas.




SND
Supply AND Demand aku baru sangat belajar. Tu pun dari kawan2 merangkap sifu-sifu aku. Apa yang aku apply dalam SND cuma marking zon-zon yang ada SND. Bila price sudah mula berada  atau dalam perjalanan ke zon-zon SND aku mula tengok kat BBMA kot-kot ada setup untuk ENTRY.



1 comment: